Tuesday, February 12, 2008

Monday, February 11, 2008

Seni Arca

Laman ini menyediakan maklumat mengenai seni arca. Semua yang berkaitan dengan seni lebih-lebih lagi dalam bidang seni arca boleh didapati dalam laman ini. Diharap laman ini dapat membantu dalam usaha anda mencari maklumat mengenai Seni Halus (Seni Arca)


Pengenalan

Seni Arca mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding
dengan seni halus yang lain.penyataan dalam bentuk tiga
deminsi menyebabkan arca diminati dalam dimensi yang berlainan.
bentuk arca yang berjisim mengigatkan kepada bentuk
seni bina. Lantaran itu seni arca dan seni bina boleh
dukatakan sealiran. Pengkarya seni bina sering mengutarakan
konsep arcanya berkaitan dengan alam kehidupan seharian. pengertian
arca berasal daripada bahasa latin iaitu
Sculpere yang bermakna suatu proses mengukur,melirik,mencungkil dan
Mengguris.
Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya
patung CYCLADIC yang diukir disebuah pulau,dilaut
Aegean lebih kurang 4500 tahun lalu. Pada masa itu
arca-arca dibina dalam bentuk figura manusia(patung).
Persembahan dalam bentuk figura manusia berkaitan
Dengan system agama dan kepercayaan.



Cycladic



Cycladic figurines


Early cycladic 2700-2300 pregnant female marble


Perkembangan seni arca di Malaysia

Perkembangan seni arca di Malaysia bermula dengan bentuk-bentuk berungsur magik untuk kegunaan keagamaan. Misalnya patung-patung orang asli iaitu kaum Jah Hut dan Mah Mari yang mempunyai cici-ciri seumpama itu. Begitu juga dengan keadaanya Megalith Pedang di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan. Hanya pada sekitar tahun 1960an pengkarya mula membina arca bentuk moden antaranya ialah Anthony Lau, Latiff Mohidan,Syed Ahmad Jamal, Lim Kian Seng dan sebagainya. Pengarca kini sudah berani berkarya dengan menggunakan perbagai media dan juga material. Karya selalunya dihasilkan mengikut tema ataa isu-isu yang tersendiri berdasarkan kehendak pengkarya ataupun kehendak pasaran.





Jah Hut bes






Mah Meri mask


Mah Meri moyang



Jenis-jenis Arca




Arca berfungsi
Arca berfungsi adalah jenis yang awal dibina oleh arcawan.Kebanyakan arca ini hanyalah untuk upacara keagamaan dan kebudayaan,mislnya acara (patung kaum Jah Hud dan Mah Meri. Arca ini bukan sekadar dibina untuk tujuan estetika semata-mata,sebaliknya ia mempunyai kepentingan kepada masyarakat. Kini arca dipamirkan di kawasan yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai seperti ruang legar,bulatan sempang empat dan sebagainya. Kebanyakan arca ini berfungsi untuk menghiburkan pengunjung. Antara arca berfungsi ialah Tugu Negara atau tempat kanak-kanak bermain.

Arca Berfungsi


Arca Estetika
Arca jenis ini amat popular. Terdapat arca yang berbentuk realis dan berimej abstrak. Keperluan arca ini sekadar nilai keindahannya. Oleh itu seseorang memerlukan nilai-nilai intelek untuk memahaminya. Pada kebiasaannya arca ini dipamirkan di dalam galeri.

Arca Estetika





Seni Arca Asia

Arca di Asia banyak menggunakan patung-patung yang menggambarkan
sesuatu entiti yang khusus, biasanya manusia,peristiwa,,haiwan atau objek.
Tumpuannya ialah sebagai satu perlambangan.
Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa
bersejarah atau kehidupan seorang tokoh. Ia bertujuan sebagai seni awam
yang dipamirkan di luar dan kadangkala ia juga dipamirkan di dalam
banggunan awam untuk menegaskan sesuatu kepada orang ramai dengan
cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan
perkataan.Kadangkala,arca-arca yang dihasilkan mempunyai sejarah tersendiri.


Pengarca Asia sekarang lebih berani menghasilkan karyamengikut idea dan juga
tema-tema. Contohnya pengarca dari Thailand iaitu Chainapa Lepajarn yang telah
menghasilkan olahan arca yangberbentuk abstrak. Dari situ dapat dilihat bahawa
pengarca asia telah membawa perkembangan mengikut arus kemodenan.

Chainapa Lepajarn"Wind and Wave 2"



Seni Arca Antarabangsa

Pengarca antarabangsa kebanyakan merujuk kepada sejarah dan juga budaya masing-masing sebagai panduan untuk berkarya. Banyak perubahan berlaku mengikut arus kemodenan. Dengan adanya saina dan teknologi pelbagai bentuk arca dapat dihasilkan.
Arca pada zaman ini juga tidak lagi terhad kepada carving dan mpdeling. Sekarang iayanya tertumpu kepada bentuk dan juga pengamatan tiga dimensi.
Pengarca menghasilkan karya dengan menggunakan element seni yang dihasilkan menggunakan pelbagai jenis bahan. Antaranya besi, Kain,Plastik dan kayu.Kajian arca dengan teori baru telahmenarik ramai pemerhati dan pemintaan pasaran kini.Contohnya pengarca dari mexico John Webb yang banyakmenghasilkan karya berbentuk abstrak
dan menggunakan bahan seperti kayu.


Triquetra
Primavera Wood
John Webb


Antara arca yang telah menjadi sejarah antarabangsa

Umpamanya pada tahun 1986,apabila Patung Liberty
meraikan hari ulang tahun yang ke100, satu perayaan
selama tiga hari telah diadakan yang berjaya menarik
Patung Liberty12 juta pengunjung. Perayaan ini dikatakan merupakan
peristiwa awam yang terbesar di dunia sehingga hari ini.

Patung Liberty

Sunday, February 3, 2008

Galeri Artis



Karya Arca,Catan&lukisan


Catan
arkrilik atas kanvas
4x3


Lukisan
Teknik Campuran
3x4